
Salam Sejahtera kepada warga Eiden School dan para pembaca sekalian!
Satu program perkhemahan luar (external camping) yang penuh cabaran dan bermakna telah berjaya dilaksanakan baru-baru ini. Program ini bukan sahaja bertujuan untuk memberi pelepasan sebentar daripada rutin bilik darjah, malah ia merupakan wadah penting dalam membentuk disiplin, kerjasama pasukan, dan kecintaan pelajar terhadap alam sekitar.
Berikut adalah butiran lanjut mengenai perkhemahan tersebut:
| Perkara | Butiran |
| Tarikh | 27 Julai 2026 hingga 29 Julai 2026 (3 Hari 2 Malam) |
| Tempat | Bernam Nature Hut Campsite, Hulu Bernam |
| Peserta | 80 orang pelajar Eiden School (gabungan sekolah menengah dan rendah) |
| Guru Pengiring | 9 orang guru Eiden School |
| Pengarah Program | Tc Hakimy |

Bina Pengkalan
Aktiviti pertama sebaik tiba. Pelajar belajar bekerjasama membangunkan khemah mereka untuk dua malam akan datang, memupuk sifat berdikari dan tolong-menolong.

Night Walk
Menguji keberanian pelajar berjalan di dalam hutan pada waktu malam tanpa cahaya lampu gila, sambil menghayati bunyi-bunyian alam malam.

Jungle Trekking
Meneroka laluan hutan, mempelajari flora dan fauna tempatan, serta menguji ketahanan fizikal.

Mandi Sungai
Waktu yang paling dinantikan! Pelajar berpeluang menyegarkan diri di sungai yang jernih di bawah pengawasan ketat guru-guru.

Combat Archery
Aktiviti berpasukan yang menguji strategi dan ketangkasan menggunakan busur dan anak panah keselamatan.

Senaman Pagi
Sejurus bangun pagi, peserta tidak dibiarkan terus berhibur dengan mimpi! Pagi peserta dimulakan dengan sesi senaman pagi yang segar dan penuh bertenaga di bawah sinaran matahari awal.
more video